Bapa hantar Isteri dan anak ke zon selamat undang sebak

Bapa hantar Isteri dan anak ke zon selamat undang sebak

Rasanya hampir majoriti penduduk dunia dah sedia maklum dengan konflik antara Ukraine dan Rusia. Kalau dilihat di internet, memang banyak kisah menyayat hati yang dikongsikan media tentang keadaan penduduk Ukraine yang dalam ketakutan sambil mereka dilihat berlindung di stesen metro bawah tanah. Ada juga yang sudah melarikan diri ke Poland untuk mendapatkan perlindungan.

Baru-baru ini, satu video viral di internet yang memaparkan aksi seorang bapa ketika sedang menghantar anak dan isterinya untuk meninggalkan Ukraine ke tempat yang lebih selamat.

Setakat artikel ini ditulis, video yang kini sudah dikongsikan ke beberapa platform lain seperti YouTube telah mendapat ribuan tontonan.

Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:

Lapor DailyMail, video terbabit difahamkan telah dirakam di sebuah safe zone dimana si bapa sedang mengucapkan selamat tinggal buat isteri dan anaknya yang perlu meninggalkan Ukraine untuk ke tempat yang lebih selamat.

Crop 17765696 780X470 1 E1645839659118

 

Dalam video terbabit, si bapa dapat dilihat menangis teresak-esak bersama anak perempuannya tatkala mereka mengucapkan selamat tinggal kepada satu sama lain.

Untuk pengetahuan, si bapa tidak boleh meninggalkan sempadan Ukraine susulan agensi sempadan negara itu telah melarang lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun untuk meninggalkan negara bagi membantu mempertahankan tanah air.

60914036 303 E1645839950494

Menurut sumber lagi, para ibu dan anak-anak kecil terpaksa berpisah dengan ahli keluarga lelaki mereka dan dibawa ke zon selamat.

Seorang saksi pula mengatakan, penduduk Ukraine tidak berpindah sebelum berlakunya pencerobohan Rusia kerana tiada siapa yang benar-benar percaya Rusia akan menyerang Ukraine.

Bagaimanapun, mereka kini terdesak dan sedang mencari apa-apa sahaja jenis pengangkutan untuk keluar dari Ukraine demi mencari perlindungan.