Bapa Dina Nadzir meninggal dunia, hembus nafas terakhir di samping keluarga

Bapa Dina Nadzir meninggal dunia, hembus nafas terakhir di samping keluarga

Bapa kepada penyanyi dan penyampai radio, Dina Nazir iaitu Mohd Nazir Gulam Khadir dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 8.10 pagi ini.

Khabar mendukacitakan itu dikongsikan menerusi laman Instagram stesen radio, Sinar FM.

 

“Salam takziah buat @dinanadzir atas pemergian ayahandanya, Haji Mohd Nadzir Bin Haji Gulam Kadir yang telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 8.10am tadi (23 Oktober 2022) di temani anak-anak dan orang terdekat yang amat menyayanginya,” tulis pengendali akaun tersebut.

Allahyarham dikatakan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disamping keluarga dan orang-orang terdekat.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan takziah selain turut mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Salam takziah Dina Nazir. Semoga segala urusannya dipermudahkan serta Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman di taman-taman syurga,” komen penyampai radio, Radin Era.

“Moga rohnya diampunkan segala dosa, tenang serta dicucuri rahmat,” balas pelakon senior, Roy Azman.

“Salam takziah buat seluruh keluarga Dina,” katanya pemilik akaun, Siti Syuhaidah.

“Be strong Dina. Take care. Salam takziah,” komen, Ida Yusof.

Terdahulu, Dina juga merupakan salah seorang peserta yang bersaing di program Gegar Vaganza musim ke-9.

Apapun, diharapkan Dina sekeluarga terus diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar FM & Dina Nazir