Bapa cuba rampas senjata dari anak, “Berdegung telinga bapak ko dik…”
Apabila anak-anak bermain dengan bapa, mereka lebih berani untuk melakukan perkara-perkara nakal kerana mereka tahu mereka tidak akan dimarahi.
Sebuah video yang tular di Twitter ini menunjukkan perkara itu apabila seorang bapa dengan anak perempuannya menonton klip aksi merampas senjata dari penjenayah.
Mengajarkan anak cara untuk mempertahankan diri apabila berada dalam situasi yang mencemaskan mungkin dapat membantu mereka untuk berfikir dengan pantas jika mereka berada dalam masalah.
Dalam video yang dikongsikan di Twitter, bapa tersebut bersama anak perempuannya menyaksikan bagaimana seorang lelaki yang diacukan pistol oleh penjahat berjaya merampas pistol berkenaan dari tangan penjenayah tersebut dengan cepat.
He dying inside 😂 pic.twitter.com/lGqIeZiCSz
— Just Fails (@jusfails) June 20, 2021
Anak-beranak itu kemudian cuba melakonkan semula babak tersebut untuk melihat jika mereka juga boleh bertindak pantas seperti video yang ditonton, dengan anak perempuannya memegang pengering rambut seperti senjata di kepala bapanya.
Lelaki itu kemudian cuba merampas ‘senjata’ berkenaan dari tangan anaknya, namun kanak-kanak itu dengan cepat mengelak dan bukan itu sahaja, malah tangannya yang cepat turut sempat hinggap ke muka bapanya.
Lelaki itu terkejut dan memegang pipinya yang sakit sementara anaknya ketawa bangga dengan kepantasannya.
“Tiada apa yang lebih pantas dari tangan bayi…”
Hahaha 💯
— Syed 🇵🇸 (@Dipu86Miah) June 21, 2021
“Tangan dia lagi laju…”
Tangan dia lagi lajuuu weyy😂😂 https://t.co/6t23m9j9kw
— KyraMustika (@Mustika612) June 21, 2021
“Berdegung telinga bapak ko dik…”
Berdegung telinga bapak ko dik. Hahahahaha https://t.co/PprAmZxNxL
— bo peep (@khunswaymak) June 21, 2021
toddler memang suka tampar orang eh? 😭 padahal takde orang ajar punnn ikut sape taktau https://t.co/kKhdrjhFgs
— Hecate 🇵🇸 (@aqlhmkhtr) June 21, 2021