Bapa cemas anak sulung ‘Mild Austim’ lepar adik ke lantai “pengajaran bagi kami”

Bapa cemas anak sulung ‘Mild Austim’ lepar adik ke lantai “pengajaran bagi kami”

Baru-baru ini viral di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Amiera Baharom yang berkongsi detik-detik cemas yang dihadapi mereka sekeluarga telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat anak sulung mereka telah mengangkat adiknya lalu melemparkan adiknya ke lantai.

Difahamkan, anak sulungnya itu mengalami ‘mild autism’ dan berkemungkinan itu adalah salah satu punca mengapa dia berbuat demikian.

 

@amierabaharom

Pengajaran bg kami utk lbh berhati2 dgn behaviour anak sulung kami #mildautism #autismacceptance #autismawareness

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Pengajaran bagi kami untuk lebih berhati-hati dengan behaviour anak sulung kami.

Namun, Amiera memaklumkan anak bongsunya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun luka.

Khilaf kami as a parents, benda nak jadi, kami semua tak jangka semua ni. Percayalah, sebenarnya anak sulung kami sayangkan adik dia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mendoakan kesejahteraan kedua anaknya dan berharap mereka sekeluarga terus kuat dalam menjaga anak istimewa.

komen

SUMBER : TikTok