Bantu tenangkan keadaan, atuk peluk cucu kehilangan suami buat ramai sebak

Bantu tenangkan keadaan, atuk peluk cucu kehilangan suami buat ramai sebak

Kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba memang sangat menyakitkan. Walaupun takdir tersebut sudah ditetapkan oleh Maha Pencipta, namun sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari rasa sedih.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nursyafiqahsyahira93 apabila berkongsi video ketika dia kehilangan suami tercinta disebabkan kemalangan.

https://vt.tiktok.com/ZSeCxkyCN/

Atuk peluk cucu beri kekuatan

Namun begitu, apa yang membuat lebih ramai berasa sebak dengan perkongsian wanita berkenaan adalah tindakan seorang warga emas yang memeluk cucu perempuannya bagi memberikan kekuatan agar lebih kuat menerima takdir Allah S.W.T.

Menurut pengguna TikTok berkenaan, datuknya sangat sayang akan cucu menantunya kerana allahyarham merupakan cucu menantu sulung dalam keluarga.

https://vt.tiktok.com/ZSeCxfs1k/

@nursyafiqahsyahira93 memaklumkan yang dia bergegas memeluk datuknya ketika jenazah sampai ke rumah bagi mencari kekuatan unruk menerima kehilangan insan yang amat disayanginya.

Faham sedihnya macam mana, tapi kita kena kuat

Perkongsian berkenaan nyata membuatkan ramai sebak kerana melihat datuknya memeluk erat wanita itu supaya bersabar menghadapi dugaan ini.

Ratta-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah buat wanita tersebut dan mendoakan agar allahyarham suaminya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Ada yang pernah lalui hal yang sama

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Sebak tengok video ni