Bangga cucu jaringkan gol di Sukan SEA, reaksi atuk buat ramai ulang-ulang tayang
Temasya Sukan SEA pada kali ini cukup mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini apatah lagi salah seorang pemain bola sepak Malaysia berjaya menjaringkan gol buat pasukan.
Salah satu rakaman video yang memaparkan pemain Malaysia bernama Nur Azfar Fikri turut tular hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas momen dia menjaringkan gol turut mengundang netizen di rumah menjerit. Buat yang terlepas, perkongsian di Instagram Era.Je telah mendapat perhatian umum mengenai pemain Malaysia ini.
Nampaknya jaring Thailand ‘bergegar’ disebabkan sepakkan Azfar Fikri yang menyumbat gol buat pasukan Malaysia.
Ini berikutan ramai seronok melihatkan gelagat Tok Wan yang memberikan ‘pelukan angin’ terhadap Azfar Fikri selepas menjaringkan gol.
@iskandarazhaar23 Semangat tokwan bila cucu dia dapat score 🇲🇾♥️💯 #harimaumalaya #seagames31 @AF6 ✨
Video dengan kapsyen, “Semangat tokwan bila cucu dapat score,” tersebut turut mencuit hati warganet dengan ditinggalkan ratusan reaksi diruangan komen.
“Macam tau je atok dia nak peluk”
“Kalau aku pun bangga, tahniah tokwan ada cucu berbakat”
“Ala ngam pulak time tu”
“Berbelas kali tengok…”