Banduan bergaduh, masukkan botol budu ke dalam dubur mangsa

Banduan bergaduh, masukkan botol budu ke dalam dubur mangsa

Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan memasukkan botol budu ke dalam dubur seorang banduan lain.

Tertuduh, Mohd Nor Ashmadian Satar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan m dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan perhubungan seksual kepada seorang lelaki berusia 32 tahun dengan memasukkan botol plastik ke dalam dubur tanpa kerelaan mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, kira-kira jam 5 petang pada 30 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah juga tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh sedang menjalani hukuman penjara.

Mohd Nor Ashmadian menjalani hukuman di Penjara Pengkalan Chepa atas pelbagai kesalahan melibatkan kes dadah, samun, pukul dan menghalang tugas penjawat awam.

Difahamkan, dia dipercayai bergaduh sebelum bertindak memasukkan botol budu ke dalam dubur mangsa. – MK

COMMENTS