Bakal mak mentua suruh cucuk kalau nak kahwin, “kalau tak takleh kahwin dgn anak dia”

Bakal mak mentua suruh cucuk kalau nak kahwin, “kalau tak takleh kahwin dgn anak dia”

“Bakal mak mentua suruh cucuk kalau nak kahwin” itulah ayat yang dikatakan oleh seorang lelaki berumur 28 tahun kepada doktor di pusat pengambilan vaksin (PPV).

Menerusi perkongsian pengguna twitter Nur Farahaneem, seorang lelaki dewasa dipercayai telah hadir ke PPV untuk mendapatkan suntikan selepas disuruh bakal ibu mentuanya. Itu merupakan syarat utama jika lelaki itu mahu mengahwini anak perempuannya.

Netizen memuji

Berdasarkan perkongsian di Twitter itu, netizen memuji tindakan bakal mak mentua lelaki tersebut. Rata-rata memberi sokongan atas sikapnya yang meminta lelaki tersebut untuk mengambil vaksin.

Malah, netizen turut berbangga kerana dia patuh kepada arahan bakal mak mertua dan mengharapkan supaya dia diizinkan untuk berkahwin apabila sudah lengkap dua dos vaksinasi.

mak mentua
suruh cucuk

Itulah kisah dan ragam rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama mengingatkan keluarga yang belum mendaftar untuk mengambil vaksin. Takkan bakal mak mentua suruh baru nak pergi cucuk kot?

Kredit: Twitter Nur Farhaneem

COMMENTS