Bakal isteri Dr Che Hafiz buat laporan polis jadi mangsa fitnah Lufya Omar, dedah bakal berkahwin

Bakal isteri Dr Che Hafiz buat laporan polis jadi mangsa fitnah Lufya Omar, dedah bakal berkahwin

SELEPAS bekas suami Lufya Omar mendakwa menjadi mangsa fitnah pelakon berkenaan, aktres Julia Farhana turut berkongsi perkara serupa sekali gus mendedahkan dia adalah tunang kepada Dr Che Hafiz.

Julia atau Julia Farhana Marin, 28, berkata, ekoran berdepan fitnah Lufya dia terpaksa membuat laporan polis bagi mempertahankankan dirinya.

“Kenapa bila dah dekat tarikh perkahwinan baru terjadi semua ini?

“Saya buat laporan plolis kerana sahabat dan rakan kongsi perniagaan saya diganggu dengan gambar-gambar saya di tempat awam berserta pelbagai fitnah. Fitnah besar (berbukti) bahawa saya melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Itu tujuan laporan polis dibuat,” katanya.

julia farhana 2

Julia mendakwa dirinya jadi mangsa fitnah.

Julia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya berserta salinan laporan polis bertarikh 7 November 2022 serta paparan tangkap layar perbualannya bersama seseorang dipercayai Lufya.

Dalam pada itu, Julia memberitahu dia pernah cuba berbincang dengan Ludya namun tindakan itu tidak berakhir dengan baik malah difitnah dengan tuduhan tidak berasas.

Meskipun Dr Che Hafiz menasihati agar tidak berhubung dengan Lufya namun dia tetap berdegil kerana menghormati pelakon itu sebagai ibu kepada anak bakal suaminya.

“Berkali-kali bakal suami nasihatkan supaya jangan berhubung dengannya. Saya degil. Saya respon sebab apa? Sebab nak hormati dia dan buka peluang untuknya berbincang dengan saya sekiranya diperlukan.

Saya terima masa lalu bakal suami saya. Niat saya mudah, saya nak berbaik.

JULIA FARHANA

PELAKON

“Saya tiada masalah kalau nak berbincang, bagaimanapun saya dihina. tunang saya terima fitnah dan hinaan tentang saya. Namun saya masih kata tidak mengapa. Mungkin dia salah faham. Sekarang, secara umum?,” jelasnya.

Berkongsi kekecewaan tersebut, Julia berkata, dia enggan masuk campur dalam kemelut melibatkan Dr Che Hafiz dan Lufya namun keadaan menjadi keruh apabila namanya turut dikaitkan sama.

“Saya tak ada niat untuk terbabit dalam masalah ini. Saya terima masa lalu bakal suami saya. Niat saya mudah, saya nak berbaik tetapi dibalas sebegini.

che hafiz 1

Lufya dan Hafiz bercerai pada Jun 2020.

“Saya adalah orang yang waras dan saya nak kembali kepada kehidupan peribadi saya,” katanya.

Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Bagiamanapun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syarikah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor.