Bakal bergelar bapa, Harith Zazman umum kehamilan isteri dalam lagu terbarunya ‘Shut Up’

Bakal bergelar bapa, Harith Zazman umum kehamilan isteri dalam lagu terbarunya ‘Shut Up’

Penyanyi yang baru sahaja bergelar suami, Harith Zazman khabarnya telah muncul dengan single solo terbaharu berjudul Shut Up.

 

Harith Zazman

3 BULAN LALU

Nak ‘Enjoy’ Dulu Status Suami, Harith Zazman Penyanyi Lagu ‘Cute’ Belum Fikir Soal Anak

Setelah popular dengan lagu Cute pada tahun lalu, menurut mStar Online, Harith Zazman turut berkongsikan mengenai kehamilan isterinya, Nuramalina Ghakashah dalam muzik video lagu terbarunya itu.

Hari ini (Jumaat) dilancarkan MV rasmi lagu ini. Dalam MV itu saya juga berkongsi mengenai kehamilan ister yang merupakan salah satu elemen utama kejutan.

 

Alhamdullah isteri saya sudah hamil. Saya abadikan berita gembira itu dalam MV lagu baharu..ada babak di mana isteri saya nampak mengandung, kena tengok betul-betul.

Difahamkan, isteri Harith Zazman kini sudah memasuki usia kandungan tiga bulan dan berada dalam keadaan yang baik.

Dalam perkembangan lain, Harith kini cuba untuk bergerak solo tanpa kolaborasi dengan mana-mana penyanyi dan mengakui timbul perasaan gementar dan kurang berkeyakinan.

Lagu Shut Up kini boleh didengari di semua platform digital manakala muzik video rasmi pula boleh ditonton di saluran YouTube Faithful pada jam 11 pagi, hari ini.

Terdahulu, Harith Zazman dan Nuramalina telah selamat bergelar suami isteri di Pejabat Agama Islam Hulu Selangor pada 28 Ogos lalu.