Bak merpati dua sejoli, 2 bulan bernikah kini Abang Viva & isteri naik pelamin

Bak merpati dua sejoli, 2 bulan bernikah kini Abang Viva & isteri naik pelamin

Nama Azwan Omar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Biasa disapa Abang Viva, Azwan dilihat baru sahaja selesai menjalani misi bantuan banjir ketika awal Disember tahun lalu di sekitar Pantai Timur.

Selepas  dua bulan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Evanoza Zakaria, akhirnya pemuda tersebut ‘naik pelamin’ juga apabila mengadakan majlis persandingan yang dihadiri kenalan dan juga keluarga.

Terima kasih ramai rakan2 yang sponsor

Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh Azwan di akaun Facebooknya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang sudi menaja majlis mereka.

Semoga rumah tangga dibina berkekalan

Dalam perkongsian tersebut, anak jati Melaka itu dilihat segak memakai baju merah jambu keemasan sedondon dengan isteri yang cantik mengenakan dress berwarna sama.

Isterinya, Evanoza juga turut sama mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir dan mendoakan agar rumah tangga mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Pada Oktober tahun lalu, gambar pernikahan Azwan dan isterinya telah tular di media sosial dan di aplikasi TikTok. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu, ahli keluarga Abang Viva seakan memberi bayangan bahawa pasangan tersebut tidak mendapat restu dari keluarga lelaki ketika bernikah dan ia menjadi kecoh apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan di media sosial.

Namun, Abang Viva dan isteri mengambil pendekatan untuk tidak ‘memanaskan’ lagi keadaan dan tak lama selepas itu mereka telah bertemu empat mata dan saling bermaafan.

Azwan turut membawa isterinya ke misi bantuan banjir di Pantai Timur baru-baru ini dan sempat membuat live sewaktu dilokasi kejadian bagi berkongsi keadaan semasa di sana tempoh hari.

Sumber: Facebook Azwan OmarEvanoza d sini