“Baju raya warna apa?”, jawapan sakit hati lelaki ini raih 2.5 juta tontonan

“Baju raya warna apa?”, jawapan sakit hati lelaki ini raih 2.5 juta tontonan

Satu lagi pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh semua yang tidak berpeluang untuk menyambut Aidilfitri tahun ini adalah keseronokkan ber’ootd’ dengan baju baru di pagi raya.

Sejak wujudnya media sosial budaya ootd telah menjadi tradisi moden setiap kali meraikan hari raya, di mana ahli keluarga memakai pakaian sedondon dan bergambar beramai-ramai.

Malangnya tahun ini ramai yang sekali lagi tidak dapat merasakan keterujaan menggayakan pakaian baru bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Seorang pengguna TikTok ini meluahkan rasa sakit hatinya apabila memikirkan tentang perkara itu sehingga videonya meraih hampir 2.5 juta tontonan.

 

@foreppppp

janganla tanya pasal raya semua ni dah takde mood hm☹️

♬ original sound – foreppppp – foreppppp

Dalam video tersebut, individu atas nama Foreppppp itu ditanya oleh salah seorang pengikutnya tentang warna baju rayanya untuk tahun ini.

Namun jawapannya membuat ramai geli hati apabila dia berkata dia akan berjalan tanpa pakaian di pagi raya kerana geram memikirkan tentang hal itu.

Sementara itu, influencer terkenal, Norreen Iman juga berkongsikan kesukarannya mencari baju raya kerana kebanyakan tempat telah sold out.

@norreen143_

Kisah aku nak beli baju raya. #pkp

♬ original sound – Norreen143 – Norreen143

Setelah puas mencari dia akhirnya berjaya membeli 2 pasang baju baru, namun seketika kemudian baru dia mendapat tahu bahawa KL dikenakan PKP.

Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu akhirnya menangis mengenangkan nasibnya dan bercadang untuk mendapatkan refund.