Bajet 2021: Komuniti Cina dapat peruntukan RM177 juta, Komuniti India RM100 juta

Program-program pembangunan komuniti merangkumi semua peringkat masyarakat turut menjadi tumpuan Kerajaan. Bagi kaum Cina, sejumlah RM177 juta disediakan untuk program pembaikan fasiliti pendidikan, rumah dan kemajuan kampung baru termasuk RM100 juta pembiayaan perniagaan komuniti Cina melalui BSN. Bagi kaum India, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India, MITRA bagi memperkasa kedudukan sosioekonomi komuniti India.

Selain itu, TEKUN akan menyediakan 20 juta ringgit khusus untuk program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India, SPUMI dan 5 juta ringgit untuk pembangunan usahawan bagi komuniti lain.

Sumber: KiniTV