“Baiki dulu kelemahan sistem tu” cubaan Rapid KL tegur penumpang makan diri

“Baiki dulu kelemahan sistem tu” cubaan Rapid KL tegur penumpang makan diri

 

Tindakan Rapid KL menegur penumpang yang makan dan tidak memakai pelitup muka di dalam pengangkutan awam akhirnya memakan diri sendiri apabila kebanyakan pengguna maya meminta Rapid KL untuk memperbaiki diri sendiri sebelum menegur orang.

Dalam ciapan yang dibuat oleh Ask Rapid KL di Twitter, akaun itu meminta agar pengguna keretapi Rapid KL untuk tidak makan dan sentiasa memakai pelitup muka jika berada di dalam pengangkutan awam.

“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula. Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren,”

Ciapan itu bagaimanapun tidak menerima maklum balas yang baik dari pengguna maya yang sebelum ini berang dengan beberapa isu yang gagal diperbaiki oleh Rapid KL.

Antara isu-isunya adalah kekerapan perkhidmatan keretapi, eskalator yang sering rosak dan beberapa isu teknikal yang memaksa pengguna menunggu lebih lama untuk menaiki keretapi ketika pulang atau pergi bekerja.

Lebih setahun lif rosak, respon tidak masuk akal RapidKL terhadap golongan OKU buat netizen berang. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.