Bahan member bawa bekal, tiba giliran sendiri terkena bawa bekal siap sorok dalam baju
Bila dah berumah tangga, seronok sebenarnya para isteri bila dapat menjaga makan minum suami dengan baik termasuklah siapkan bekal untuk dijamah ketika keluar bekerja. Tak kisahlah lauk apa sekalipun, yang pasti dapat mengisi perut serta dalam masa sama boleh berjimat cermat berbanding makan di luar setiap hari.
Isteri bagi bekal makan tengah hari…Thank you kerana masakkan suami
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu rakaman di TikTok di mana seorang lelaki teruk kena ‘bahan’ oleh rakan-rakannya kerana makan bekal yang disediakan isteri setiap kali waktu lunch. Walau bagaimanapun, individu tetap beriak tenang dan teruskan menjamah lauk sedap yang telah dimasak khas buatnya itu.
@bosshukex Sedihkan saya kena buli …hahah
♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe – Boss Shukex Halo Telco_oe
Bahan orang nombor satu…Baru tahu menyorok bekal
Gara-gara video viral berkenaan, semalam akhirnya tibalah giliran si rakan yang kuat ‘membahan’ pula terpaksa membawa bekal disiapkan isteri sendiri. Dek kerana malu kerana pernah memerli orang lain, lelaki berkenaan cuba untuk sorokkan bekas makanan itu di dalam bajunya. Lebih menariknya lagi, lauk yang dibawa mereka berdua pula kebetulan sama hari tersebut iaitu ayam masak lemak cili api.
@bosshukex Replying to @Siti Nur Sofiya Bahan org no 1. Baru tahu menyorok bekal. Haha
♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe – Boss Shukex Halo Telco_oe
Ingat yang bahan tu langsi, last-last kena jugak…Nak pesan bang, bekas tu jangan sampai lesap
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi lelaki tersebut apabila dia pula yang diperli. Dalam pada itu, ramai juga sempat berseloroh tinggalkan pesan supaya menjaga bekas makanan yang diguna untuk bawa bekal kerana harga dan nilainya yang mahal buat seorang isteri.
Kredit: TikTok Boss Shukex