“Bagi dos pertama dulu..,” Doktor ini bagi cadangan kepada Kerajaan nak tangani Covid-19

“Bagi dos pertama dulu..,” Doktor ini bagi cadangan kepada Kerajaan nak tangani Covid-19

Semakin hari, kita lihat semakin meningkat kes positif Covid-19 di negara kita. Adakah kerana ketidaktegasan kerajaan untuk menangani wabak ini sehinggakan ada sesetengah individu yang mengambil kesempatan atas keadaan itu.

Tidak dinafikan, dalam menangani penularan Covid-19 ini, ia memerlukan kerjasama semua pihak. Jelas kita lihat di negara luar seperti di London, penduduk di sana dikatakan ‘berjaya’ menangani wabak ini.

Seperti penjelasan daripada Doktor Gafoor menerusi laman Tiktoknya berkata, walaupun negara tersebut masih melaporkan jumlah kes tinggi tetapi jumlah kematian mereka direkodkan rendah berbanding di Malaysia.

Jelasnya dalam video tersebut, beliau lihat keadaan ini adalah perbezaan ketara antara Malaysia dan luar negara. Malah, beliau turut megemukakan pendapatnya untuk mempercepatkan pemberian vaksinasi kepada penduduk di Malasia khsususnya di negeri yang merekodkan kes tertinggi seperti Negeri Sembilan. Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Saya rasa tiada kebaikan pun PKP, PKPB, PKPD ini tetapi yang paling efektif adalah vaksin. Sekarang kita perlu beri keutamaan kepada orang lain untuk mendapatkan vaksin dos pertama dahulu.”

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak perlu risau untuk dos kedua, berilah peluang kepada mereka yang belum mendapat vaksin. Beri kuota vaksin dos kedua kepada orang lain dos pertama.

Dalam penjelasannya, bila penduduk yang ramai mendapat vaksin, kemungkinan dalam masa dua minggu kita akan lihat perubahan yang ketara di mana jangkitan akan berkurang, kemasukkan hospital akan berkurang dan jumlah kematian juga akan menurun.

“Nak tak nak, wajibkan semua.. tua muda bagi je semua…bukan dengan cara politik kita boleh tangani wabak ini”

@drgafoor

Geram Dr G tgk #Euro2020 semalam kat London. Dr G bebel lagi pasal vaksin dan covid negara kita. #fyp #covid #vaccine #tiktokmalaysia #medtiktok

♬ original sound – Dr Gafoor Mubarak – Dr Gafoor Mubarak

Sumber: Dr Gafoor