Bagai balasan perbuatan mencampak kucing, ramai bersorak pasukan Brazil kalah
Merupakan antara pasukan terkuat yang bertanding di Piala Dunia dan pernah menjulang kejuaraaan sebanyak 5 kali, namun kekalahan Brazil ketika menentang Croatia cukup mengejutkan ramai. Diasak dengan mata 4-2 menerusi penalti, Brazil berputih mata setelah gagal mara ke peringkat separuh akhir.
Pemain Brazil frust teruk lepas gagal mara ke final Piala Dunia 2022 Qatar
Termasuk dalam senarai kuat calon juara Piala Dunia 2022 Qatar, dapat disaksikan bagaiman pemain-pemain Brazil gagal menahan kedukaan dan hanya mampu meratap di atas padang. Bintang popular mereka iaitu Neymar juga terduduk mengalirkan air mata apabila terpaksa menerima kekalahan teruk terbabit.
Kucing naik atas meja ketika sidang media Brazil dicampak kasar
Sebelum perlawanan semalam, sebuah sidang media yang dijalankan dengan pemain Brazil menjadi perbualan hangat. Ketika sesi soal jawab dibuat, seekor kucing yang sedang diam-diam duduk di atas meja tiba-tiba dicampak turun dengan kasar oleh salah seorang kru pengurusan pasukan gergasi itu. Tindakan terbabit cukup menaikkan kemarahan orang ramai khususnya komuniti pencinta haiwan.
@goalglobal this cat just gatecrashed #viniciusjunior and brazil’s press conference 💀 #football #soccer #futbol #futebol #brazil #worldcup #cat #fyp
Saya ni bukanlah peminat bola, cuma 10% je…Tapi kekalahan Brazil ni saya suka
Justeru secara tidak langsung, ramai netizen menyifatkan kekalahan Brazil malam tadi ada kaitannya dengan balasan perbuatan menganiaya kucing. Bahkan orang-orang yang bukan peminat bola sepak pun turut berseloroh semua ini adalah badi sumpahan si kucing.
Kredit : TikTok Goal Global & FB Dunia Haiwan Malaysia