Baca ayat jampi ‘halau’ banjir, netizen mohon raja bomoh jangan tambah murka Allah

Baca ayat jampi ‘halau’ banjir, netizen mohon raja bomoh jangan tambah murka Allah

Sejak kejadian menawar diri mencari keberadaan pesawat MH370 suatu ketika dahulu, nama Raja Bomoh seringkali menjadi bualan orang ramai biarpun mendapat tentangan yang hebat.

Sekali lagi namanya menjadi topik utama warganet apabila dia bersama seorang wanita melakukan ritual ‘menghalau’ banjir secara siaran langsung di Facebook miliknya dan dikongsikan semula oleh pengguna TikTok.

Melalui video yang dikongsikan semula itu, pelbagai barang ritual diguna oleh beliau bagi ‘menghalau’ banjir dan dalam pada masa yang sama, wanita disebelahnya membaca ayat-ayat Al-Quran serta jampi serapah dengan senaskah kitab suci di hadapannya.

@akhiameer

Astaghfirullah, halau banjir pulak dah😢 #banjir2021 #daruratbanjir #fyp

♬ original sound – MOHD AMIRUL – MOHD AMIRUL

Setelah tularnya video terbabit di platform tersebut, ramai netizen yang meninggalkan komen berunsur nasihat agar Raja Bomoh serta wanita itu kembali ke pangkal jalan kerana bimbang dengan akidah mereka berdua.

Biarpun ada yang menasihati, terdapat segelintir netizen juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan keatas mereka supaya hal syirik seperti ini tidak berleluasa.

komen tiktokSumber : TikTok