“Baby dah mereput pun..” puji Syatilla tunjuk baby baru lahir, tapi Diva AA perli siapa?

“Baby dah mereput pun..” puji Syatilla tunjuk baby baru lahir, tapi Diva AA perli siapa?

 

Rasanya semua sudah kenali selebriti Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA. Mulutnya yang lantang bersuara serta meluahkan pandangnya membuatkan dirinya sering menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, Diva AA ada membuat ciapan di Twitter memuji pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kerana memuat naik gambar bayi ketiga mereka yang baru saja dilahirkan pada pagi Isnin kepada umum.

Di dalam ciapan tersebut, Diva AA ada memuat naik keratan artikel mengenai perkongsiaan foto yang dibuat oleh pasangan selebriti.

Biarpun memuji pasangan terbabit, dalam pada masa yang sama, artis tersebut turut sempat meninggalkan kata-kata memerli tentang ‘pasangan’ yang masih menutup wajah anak mereka biarpun sudah lama dilahirkan.

Diva AA perli pasangan selebriti

Sekadar info, pasangan Sam dan Syatilla telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2016 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriz, Sarima dan Salama.