Azwan Ali bagi pandangan ‘pedas’ tentang isu selebriti rentas negeri

Azwan Ali bagi pandangan ‘pedas’ tentang isu selebriti rentas negeri

Isu tidak adil dan sama rata mengenai soal rentas negeri baru-baru ini menjadi satu topik yang hangat dikalangan pengguna-pengguna media sosial.

Perkara ini terjadi oleh kerana ada segelintir individu dari kalangan selebriti didakwa telah melanggar prosedur operasi standar (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Dalam pada masa yang sama, selebriti Azwan Ali atau juga dikenali sebagai Diva AA turut memberikan pandangan beliau mengenai ‘isu panas’ ini di Instagram nya.

azwan ali

Azwan Ali beri pendapat mengenai isu rentas negeri yang dilakukan oleh segelintir selebriti.

Di dalam video yang dimuatnaik oleh Azwan Ali, dia berkata,

Sajalah Diva AA nak carut anda semua tak payah nak mengelupur punya nak beli karpet sampai ke Nilai 3, berangkut laki yang hodoh dispedo (ditanggung).

Besar sangat ke kau? Kayangan ke kau? Diva sangat ke kau? Cuba jadi macam Diva AA, shopping selagi duit ada berkepuk-kepuk, tapi semua pergi tempat yang selamat.

diva aa

Lihat diruangan komen, rata-rata semua warganet bersetuju dan menyokong pendapat yang diberikan oleh Azwan Ali dalam video tersebut.

screenshot

Warganet bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Azwan Ali di dalam video tersebut.

 

SUMBER : Media Hiburan