Ayu Raudhah sah hamil anak ke-6, usia kandungan dah masuk 5 bulan! “selagi muda kita kumpul anak ramai”

Ayu Raudhah sah hamil anak ke-6, usia kandungan dah masuk 5 bulan! “selagi muda kita kumpul anak ramai”

Ucapan hari jadi suami kepada selebriti Ayu Raudhah, Zaquan Adha terhadap isterinya telah membuatkan ramai peminat tertanya-tanya sama ada benar ataupun tidak pelakon tersebut hamil anak keenam.

Akhirnya, tanda tanya tersebut disahkan sendiri oleh Ayu apabila mengakui bahawa dirinya kini hamil anak keenam dan usia kandungan sudahpun mencecah 5 bulan.

Segan nak mengaku pada awalnya

Memetik laporan dari Gempak!, Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan, pada awalnya dia agak segan untuk mendedahkan berita baik ini kerana sedar ia bukanlah kandungan pertama.

Namun disebabkan suami sudahpun ‘membocorkan’ rahsia, dia hanya mampu meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga diatas rezeki yang diberikan.

“Saya sebenarnya segan nak kongsi, sebab anak pun dah masuk enam, kalau anak nombor satu takpa la juga, excited la juga.
“Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki buat anak saya dan suami. Kandungan saya dah masuk lima bulan dah sebenarnya, cuma tak pernah bagi tahu dekat media sosial sampai lah Zaquan share video.
“Kami berdua ok je, sebab kami berdua memang daripada keluarga yang ramai, saya dan Zaquan masing-masing ada tujuh orang adik beradik. Kami happy anak ramai,” katanya.

 

Suami turut alami alahan

Adik kepada selebriti  terkenal, Rozita Che Wan itu turut mendedahkan bahawa kehamilannya kali ini agak berlainan kerana mengalami alahan agak teruk. Bukan dia sahaja, suaminya yang juga merupakan pemain pasukan bolasepak Negeri Sembilan FC turut muntah dan demam sepanjang trimester pertama.

“Sebelum ini anak lima orang tak pernah ada morning sickness, tapi yang keenam ini lain macam rasanya. Saya dan Zaquan kami muntah dan demam masa first trimester.
“Teruk gila waktu itu, mungkin sebab dah berusia. Kami dah tak larat sangat, duduk sebelah terbaring demam. Sebelum ni pregnant senang je, kali ini je macam ada lain sikit,” tambahnya.

 

 

Tak rancang berapa orang anak

Ujarnya lagi, dia dan suami masing-masing tidak merancang untuk mempunyai berapa orang anak dan sempat berseloroh mengatakan masih muda untuk mempunyai ramai cahaya mata.

“Saya dengan suami tak pernah rancang nak ada berapa ramai, selagi saya muda kita kumpul anak ramai, mari sini hahaha,” selorohnya.

 

Untuk rekod, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha telah diijab kabul pada 21 Januari 2011 dan sudah mempunyai 5 orang anak.

Sumber: Gempak! (Shahrin Zulkifle)