Ayda Jebat selamat bersalin bayi perempuan secara pembedahan

Ayda Jebat selamat bersalin bayi perempuan secara pembedahan

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota jam 7.07 malam, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, berita gembira itu dikongsi suami Ayda iaitu Nabil Mahir yang meluahkan rasa syukur setelah proses pembedahan zuriat sulung itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” kata pengacara tersebut.

Terdahulu, penyanyi berusia 29 tahun itu difahamkan terpaksa bersalin awal kerana mengalami kontraksi selain posisi bayi yang songsang di dalam perut.

 

“Assalamualaikum. Doakan kakak saya dipermudahkan urusan bersalin hari ini. Bayi dah tak sabar nak keluar!
“Kecemasan sebab kontraksi dan bayi songsang. Semoga dipermudahkan urusan bersalin kakak. Kami sayang awak,” tulis adik Ayda, Sabira Jebat.

Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri) , Instagram Ayda Jebat & Sabira Jebat