Ayam diberi nama oleh tuannya curi perhatian, “Bagusnya dengar cakap”

Ayam diberi nama oleh tuannya curi perhatian, “Bagusnya dengar cakap”

Kebiasaannya ramai yang memilih untuk memelihara haiwan comel seperti kucing. Bukan sahaja kerana haiwan ini memiliki fizikal yang menarik malah kerana ia pandai bermanja dan sukakan perhatian.

Bagaimanapun dalam satu video yang dimuat naik ini lain pula haiwan yang dipelihara dan bermanja dengan tuannya. Dalam rakaman itu kelihatan seekor ayam jantan memasuki rumah setelah dipanggil oleh tuannya. Berdasarkan rakaman tersebut, ayam itu diberikan nama Atan.

Malah apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah bila suara wanita itu yang memuji ayam tersebut berbunyi, “Atan hensem, ala..ala”. Haiwan itu juga seakan faham apa yang diperkatakan oleh tuannya itu dengan ‘melayan’ permintaan wanita tersebut.

Berikut adalah rakaman ayam diberi nama Atan yang telah mencuri perhatian ramai ini:

Perkongsian rakaman ayam diberi nama Atan ini telah meraih lebih 240 ribu tontonan dan 22 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka setelah menyaksikan rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun atanhensem4 ini di ruangan komen seperti berikut:

https://vt.tiktok.com/ZSeBa1SKq/

 

“Atan jaga diri. Puasa dan raya tahun depan dekat tau”

Ayam Diberi Nama Atan 4

“Lepas ni Oyen ada saingan la ye. Ada si bulu merah berjambul di depan”

Ayam Diberi Nama Atan 3

“Try tanya Atan…Nak buat kari ayam boleh…Confirm cabut lari rumah..”

Ayam Diberi Nama Atan 2

“Alalala comelnya pandai dia dengar cakap”

Ayam Diberi Nama Atan 1