Ayah sedih rindukan anak, “Berjurai jurai air mata aku”

Ayah sedih rindukan anak, “Berjurai jurai air mata aku”

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Aidilfitri bakal disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Tahun ini sekali lagi rakyat Malaysia yang tinggal berjauhan dengan ibubapa masing-masing tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman merentas daerah dan negeri gara-gara pandemik yang semakin mengganas.

Sudah pastinya kesihatan dan keselamatan orang awam harus dilindungi dan pengorbanan beraya di perantauan bagi tahun kedua ini membuatkan rasa hiba pada ramai. Malah baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang lelaki warga emas menangis kerana rindu anaknya telah mencuri perhatian ramai.

Dalam rakaman itu kedengaran lelaki ini menangis sambil memberitahu dia rindukan anak-anaknya. Turut kedengaran suara seorang wanita yang menenangkan lelaki tersebut. Berikut adalah rakaman bapa sedih rindukan anak yang telah dikongsikan semula oleh satu akaun Twitter:

Perkongsian rakaman bapa sedih rindukan anak dan menangis ini telah membuatkan ramai yang turut sebak. Malah ramai yang meninggalkan reaksi sedih mereka itu di ruangan komen perkongsian tersebut seperti berikut:

 

“Tak mampu nak tengok sampai habis”

Bapa Sedih Rindukan Anak 3

 

“Sedihnyaa. Semoga mak ayah kita semua dipanjangkan umur supaya dapat bertemu dengan anak masing2 yang jauh di perantauan..”

Bapa Sedih Rindukan Anak 2

 

“Tak boleh laa.. Berjurai jurai air mata aku tengok video ni”

Bapa Sedih Rindukan Anak 1