Ayah saja minta anak bukakan pagar, reaksi anak bikin ‘geram’

Ayah saja minta anak bukakan pagar, reaksi anak bikin ‘geram’

Mempunyai anak kecil yang petah bercakap memang seronok kalau diajak berbual. Bukan saja comel malah reaksi mereka juga kadang-kadang menghiburkan. Sama seperti yang dikongsikan bapa ini tentang keletah anaknya ketika mereka berbual.

Rasanya ramai yang cukup kenal dengan kanak-kanak perempuan ini yang petah bercakap di dalam loghat utara. Ada saja keletahnya yang mencuri tumpuan ramai seperti video yang dikongsikan baru-baru ini. Sehinggakan ramai yang turut sama terhibur dengan keletahnya yang bijak berkata-kata.

@frrzz_99

Kadang kadang syok ajak gaduh dengan dia 😂😂#fypmalaysia

♬ original sound – YAYA_Translators – YAYA_Translators

Di dalam video yang dikongsikan ini, si bapa sengaja mencari ‘gaduh’ dengan anak perempuannya itu apabila melihat pagar rumah tertutup sebaik saja mereka pulang. Lelaki itu bertanyakan pada anaknya itu siapa yang menutup pagar rumah mereka itu.

Lelaki itu kemudian meminta anak perempuannya itu membukakan pintu pagar namun pelbagai reaksi yang diberikan kanak-kanak perempuan itu. Malah dia sempat berkata dia berasa penat dan perlu minum air kelapa untuk menghilangkan penatnya itu.

Jawapannya turut mengundang ketawa dari si bapa yang mendengarnya. Lelaki itu juga turut menyakat si anak dengan menyoal mengapa dia berasa penat sedangkan dia hanya tidur saja di rumah neneknya.

Kanak-kanak itu akhirnya kehabisan idea untuk berhujah dengan bapanya itu dan terus meminta si bapa untuk membukakan pagar. Gelagat kanak-kanak ini turut menghiburkan netizen yang menonton apabila dia dilihat cukup bijak dalam mencari alasan.