Awan berbentuk mata seakan sedang memerhati berjaya dirakam

Awan berbentuk mata seakan sedang memerhati berjaya dirakam

Umum mengetahui, awan merupakan gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Bentuk awan ini tidak tetap dan kadangkala, ia boleh berbentuk menyerupai manusia, kalimah dan sebagainya.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @heavenly_temple, dapat dilihat penampakan gumpalan awan seperti mata manusia yang sedang mengintai dari sebalik awan tersebut.

Bukan itu sahaja, mata tersebut seakan-akan memandang tepat ke arah kamera. Tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi saat video ini dirakam. Anda boleh tonton video di bawah ini.

@heavenly_temple

♬ оригинальный звук – 💡sister and brother🍀

 

Perkongsian video tersebut telah meraih sebanyak 6.4 juta tontonan 379.4k tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mengenai video tersebut.