Awal Ramadhan berat badan mudah turun? ini penjelasannya…

Awal Ramadhan berat badan mudah turun? ini penjelasannya…

Pada bulan Ramadan lah orang berlumba-lumba untuk turunkan berat badan selain daripada melakukan ibadah puasa. Ya, pada bulan inilah kita semua menjaga pengambilan had makanan.

Tetapi, jika berat badan turun mendadak, adakah ianya dianggap sihat?

Jom kita teliti penjelasan daripada salah seorang team Dietfit Malaysia, Slay Aziz menerusi kiriman di Facebooknya baru-baru ini.

“Hari ketiga puasa, ramai yang gembira berat turun dengan banyak. KENAPA MUDAH SANGAT?”

Izinkan saya cerita bagaimana ianya berlaku. Mungkin ada yang tak suka. Mungkin ada yang dah tahu pun.

“Takpe. Ini realiti sebenar dan langsung TAK BERNIAT memperlekehkan apa-apa. Anggaplah ianya sekadar ilmu.”

Gambar Sekadar Hiasan

1. Kurangnya calorie intake dengan defisit yang besar dari calorie seharian yang diperlukan (Daily Calorie Requirement DCR). Di sebabkan window makan (waktu makan) yang limited, kita makan kurang dari sepatutnya

2. Ditambah pula dengan faktor ‘sukar cukupkan minum air’ sepanjang berpuasa. Ini membuatkan berat air dalam badan turun dengan banyak

3. Apa yang berlaku, penurunan yang banyak tersebut majoritinya disebabkan oleh penurunan berat air yang banyak dari badan. Of course dibantu oleh sedikit penurunan lemak dan otot..

4. Untuk turunkan lemak dengan banyak dalam 3 hari agak sukar biarpun kita cuba kurangkan calorie intake sebanyak mungkin..

Fat metabolism (pemecahan sel untuk digunakan sebagai sumber tenaga / bahasa yg disukai ‘bakar lemak’) ada kadar tertentu dan ianya boleh dibantu dengan senaman atau aktiviti fizikal (non exercise activity thermogenesis – NEAT).

Namun ia masih sukar untuk capai sehingga 800g-1kg lemak digunakan/dibakar sehari..

5. Maka apa yang turun dengan banyak itu hanyalah melibatkan air majoritinya. Ditambah pula sekiranya bersenam, jumlah air yang keluar lebih banyak sambil berhadapan masalah nak cukupkan air disebabkan berpuasa.

SO TAK BAGUS LAH?

Bukannya tak bagus. Jumlah KG yang menurun pada peringkat awal ini bukanlah indikator sebenar kejayaan menurunkan berat badan. Matlamat menurunkan berat badan sepatutnya ialah menurunkan komposisi lemak, bukannya air dan otot.

DARI SUDUT POSITIF :

Gambar Sekadar Hiasan

1. Alhamdulillah kita mampu berpuasa dan menurunkan berat badan dalam masa yang sama. Kerana matlamatnya ialah untuk berat badan yang ideal supaya kurangkan risiko masalah kesihatan dan menjaga kesihatan juga satu tuntutan agama

2. Ianya boleh jadi kickstart / permulaan untuk kita mula menjaga kuantiti pemakanan dan kesihatan secara amnya mulai dari sekarang.

TAPI : kena expect yang penurunan akan makin sukar dan graph penurunan mungkin tidak sekata atau sama seperti diharapkan diwaktu permulaan

DARI SUDUT NEGATIF :

1. Terlalu rendah pengambilan kalori boleh menyebabkan penurunan otot. Untuk jangkamasa panjang ianya tak bagus kerana otot indikator penting metabolisma badan

2. Penurunan berat air hanya bersifat sementara.

3. Kalori terlalu rendah membuatkan metabolisma boleh terganggu. Selain senang berat menjadi plateu, kemungkinan untuk berat kembali lebih mudah lebih2 lagi bila tiba waktu raya nanti

4. Risiko badan cepat letih, lesu tak bermaya, ingin banyak berehat atau tidur mungkin boleh mengganggu ibadah puasa kita. Kita memerlukan tenaga yang cukup untuk melaksanakan ibadah lebih dari bulan yang lain.

Kesimpulan. Saya cuba ceritakan dalam bahasa mudah. Buruk dan baiknya awak sendiri yang nilai.

Pada saya, turun dengan cepat berat bukan suatu kebanggaan. Tetapi turun dan kekalkan adalah pencapaian yang harus diutamakan selain matlamat utama untuk lebih sihat tubuh badan untuk mudah menjalankan ibadah dan melunaskan tanggungjawab seharian.

-Slay-
Semoga kita semua dipermudahkan..

 

Sumber: Slay Aziz