“Awak pernah curang, saya tidak” – Respon balas Issey bila Shuk Sahar usik status ‘duda’!

“Awak pernah curang, saya tidak” – Respon balas Issey bila Shuk Sahar usik status ‘duda’!

Dalam episod lapan musim keempat I Can See Your Voice Malaysia yang bersiaran semalam, kumpulan R&B popular, Ruffedge telah tampil mencari siapakah penyanyi sebenar dalam kalangan 6 penyanyi misteri.

Seperti musim sebelum ini, artis undangan dibantu panel penyiasat iaitu Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey. Selain itu, Datin Seri Umie Aida & Issey Fazlisham turut hadir sebagai penyiasat jemputan.

 

DUA PERUBAHAN ISSEY

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah usikan pengacara, Shuk Sahar kepada Issey, mengenai status perkahwinannya sehingga viral di TikTok. Shuk secara berseloroh memberitahu Issey sudah membuat perubahan daripada bergelar duda pada musim lalu dan kini sudah berkahwin.

Walau bagaimanapun, respon ‘padu’ Issey mengenai kisah kecurangan Shuk membuatkan pengacara itu terkedu! Setepek dia bagi!

 

@miefzl

setepek die bagi kt syuk 🤣 #thelazyboyz #theroyaletroops #fypシ #miefzl

♬ original sound – 𝕿𝖗𝖙 𝕸𝖎𝖊👑🔱 – 𝕿𝖗𝖙 𝕸𝖎𝖊👑🔱

 

Lagi satu? Awak pernah curang, saya tak pernah.

@ur.juliettt

another setepek HAHAHAHA #fyp #detansri #dedudaxdara #thehottestmummy

♬ original sound – chinese girl ♡ – chinese girl ♡

Terkejut mendengar jawapan balas tersebut, Shuk hanya mampu tersenyum diiringi gelak tawa tetamu yang lain.

‘NAK SANGAT CAKAP PASAL DUDA..’

Di ruangan, rata-rata daripada netizen terhibur dan menyifatkan Shuk ‘bergurau’ dengan orang yang salah. Ada juga berpendapat Shuk layak mendapat respon sebegitu memandangkan dia terlebih dahulu mengusik Issey.

 

SUMBER : TikTok @miefzl