“Awak dalam bahaya ni“, Doktor kongsi kisah wanita alami pendarahan dipercayai lepas jalani urutan ‘naikkan’ uri

“Awak dalam bahaya ni“, Doktor kongsi kisah wanita alami pendarahan dipercayai lepas jalani urutan ‘naikkan’ uri

Pelbagai tips kehamilan dapat kita peroleh sama ada dari Internet mahupun ‘cakap-cakap’ orang. Pun begitu, golongan ibu sebaiknya mendapatkan pandangan pakar perubatan sebelum mengikut sesuatu nasihat bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

Jika tersilap langkah, merana di kemudian hari. Seperti kisah seorang wanita yang mengalami pendarahan selepas menjalani urutan untuk menaikkan uri oleh bidan yang disyorkan orang sekeliling.

Kisahnya telah dikongsikan seorang doktor, Dr Muhammad Izzat di laman Facebook sebagai pengajaran kepada orang ramai di luar sana.

Kongsi Dr Izzat, wanita hamil itu pada awalnya mengalami situasi di mana kedudukan uri berada pada bahagian bawah (placenta praevia). Lantaran itu, dia telah berikhtiar untuk menemui seorang bidan yang dipercayai boleh menaikkan uri melalui urutan.

Walaubagaimanapun, sehari kemudian, wanita itu mengalami komplikasi sehingga menyebabkan pendarahan dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan bagi melahirkan bayinya yang pra matang. Ikuti kisahnya di bawah.

“Dr Izzat, saya operator. Gynae oncall kan? Nak inform ada Red Alert kat Zon Merah Jabatan Kecemasan”

“Hah? Red Alert?? Ok ok. Saya pergi sana skang”

Tak sempat matikan fon, terus berlari ke Zon Merah. Sambil berlari jantung berdegup kencang. Pelbagai perkara bermain di minda memikirkan kes apa Red Alert tu

Eclampsia ( ibu sawan ) kot? Maternal collapse ( ibu pengsan ) kot? Maybe incomplete miscarriage pastu bleeding ( janin nak gugur, ibu berdarah banyak) kot ?

Sesampainya di Zon merah, monitoring menunjukkan tekanan darah pesakit agak rendah dengan nadi yang laju

“Oh okay, mesti bleeding ni”- try berbisik pada hati untuk kurangkan nervousness.

Betullah sangkaan saya, kain pesakit memang penuh dengan darah. Menitik sehingga ke lantai.

Pesakit kelihatan tenang, walaupun pucat.

“Amira (bukan nama sebenar) awak ok ke?”

“Saya ok Dr. Cuma pening-pening. Saya boleh rasakan jantung saya tengah laju ni.”

“Perut tak sakit ke?”

“Tak sakit pun.”

Belek-belek buku pink beliau, rupanya saya ada jumpa beliau di klinik beberapa minggu lepas, ketika itu kehamilan berusia 32 minggu.

Kehamilan ketika itu okay, cuma kedudukan uri di bahagian bawah ( placenta praevia )

Next appointment pada 36 minggu di mana, saya akan tentukan sekali lagi di mana uri berada, jika masih praevia, terus la bagi tarikh elektif caesar – sebabnya memang tak boleh bersalin normal disebabkan kedudukan uri tersebut.

“Lepas jumpa Dr haritu saya tercari-cari bidan yang boleh naikkan uri ni. Maka atas recommendation seorang kenalan saya jumpa la bidan ni. Semalam dia try urut saya. Katanya uri dah berjaya naik selepas diurut. Tiba-tiba tadi saya berdarah banyak di rumah”

Lantas saya capai scan yang ada, scan memang confirm placenta masih tetap di bawah ( placenta praevia)

“Disebabkan awak berdarah banyak ni, tekanan darah awak makin menjunam. Saya kena buat caesar segera. Awak dalam bahaya ni. Walaupun baby masih tak cukup bulan, tapi takpa nnti Dr baby handle. Pape pun, mother come first – sebab tu kita buat caesar sekarang”

Allah. Berbuka puasa dalam dewan bedah lagi. Merasa lagi lah suapan tamar oleh misi-misi dewan bedah.

Sumber: Dr Muhammad Izzat