“Auto jadi KFC kau ni”, Ayam berkokok dalam rumah jadi pengganti jam loceng

“Auto jadi KFC kau ni”, Ayam berkokok dalam rumah jadi pengganti jam loceng

Bagi sesetengah orang ada yang sejenis cukup ‘liat’ nak bangun pagi. Lebih-lebih lagi anak-anak muda yang ada dari mereka memulakan hari sekitar waktu petang. Ini bermaksud malam mereka berjaga dan disebabkan itu memang jarang untuk golongan ini bangun pagi.

Tapi bila perlu bangun pagi, memang rasa susah dan perlukan setkan jam loceng sebanyak mungkin. Namun lain pula halnya yang berlaku dalam satu video dikongsikan ini. Dalam rakaman tersebut kelihatan seekor ayam berjalan memasuki rumah.

Berdiri di atas sofa, ayam ini mula berkokok bagaikan sedang cuba mengejutkan seseorang. Rakaman telatah ayam berkokok dalam rumah jadi pengganti jam loceng ini sudah tentunya mencuri perhatian ramai.

Berikut adalah perkongsian rakaman gelagat seekor ayam ini:

@_danielysf

Bila alarm hp xfunction 😆😆 #alarm #fyp #fypシ゚viral

♬ original sound – Daniel Fosuy – Daniel Fosuy

Kalau ayam sudah berkokok sebelah telinga tapi tak mahu bangun juga tak tahulah! Apa-apa pun perkongsian rakaman ayam berkokok dalam rumah yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok ini telah meraih hampir 500 ribu tontonan dan 67 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Kalau aku ni ka..Dok dalam periuk la jawabnya”

Ayam jadi jam loceng 3

“Ni kalau time takde mood dia berkokok, bye ayam bismillah sembelih”

“Auto jadi kfc kalau dia kejut aku pagi2 buta”

Ayam jadi jam loceng 1