Atlet pentathlon menangis tidak dapat kawal kuda undang lucu

Atlet pentathlon menangis tidak dapat kawal kuda undang lucu

Bayangkan bertahun-tahun berlatih mempersiapkan diri untuk menyertai temasya sukan yang hanya berlangsung sekali dalam 4 tahun, tetapi akhirnya tidak sempat untuk menunjukkan hasil kerana masalah ‘teknikal’, tentunya tidak dapat digambarkan rasa kecewa di hati.

Walaupun terdapat beberapa atlet Olimpik Tokyo 2020 yang memutuskan untuk menarik diri dari menyertai acara yang mereka telah dijadualkan untuk sertai baik atas sebab peribadi mahupun kesihatan, tetapi bagi seorang atlet pentathlon ini nasib tidak menyebelahinya apabila dia tidak sempat untuk memulakan perlumbaan pun apabila kudanya tidak ingin berkerjasama.

Dalam sebuah video yang tular, atlet pentathlon dari Jerman, Annika Schleu dilihat menangis sambil memukul punggung kudanya agar bergerak, namun kuda berkenaan tidak mengikut arahannya.

Sebelum acara bermula semua peserta diberi masa 20 minit untuk ‘bonding‘ dengan kuda yang mereka tidak kenali, namun kuda Schleu yang bernama Saint Boy enggan berkawan dengannya.

Sementara ada yang merasakan bahawa situasi itu membuktikan bahawa sukan melibatkan haiwan tidak patut wujud lagi pada zaman ini, rata-ratanya puas hati melihat atlet tersebut menangis kerana tidak berjaya mendapatkan kepercayaan haiwan berkenaan.

“Patut dilakukan dengan kuda yang kenal dan percayakan kau…”

“Sukan untuk manusia bukan haiwan…”

“Masa untuk mengharamkan…”

Menurut laporan juga, jurulatih Schleu, Kim Raisner yang cuba membantu anak didiknya itu mengawal kuda berkenaan telah digantung dan diusir dari pentas Olimpik selepas menumbuk kuda berkenaan.