Atlet luncur angin tampil sebagai watak kartun ‘Avatar’, berjaya kutip emas bikin ramai kagum

Atlet luncur angin tampil sebagai watak kartun ‘Avatar’, berjaya kutip emas bikin ramai kagum

Penampilan seorang atlet luncur angin ini telah mencuri perhatian ramai apabila dia masuk ke pentas Olimpik dengan potongan rambut menyerupai watak dari siri animasi popular, Avatar: The Last Airbender.

Bagi yang familiar dengan siri kartun Nickelodeon itu pasti sangat kenal dengan watak utamanya, Aang yang merupakan seorang ‘airbender’ atau pelentur angin.

Sebagai seorang sami, Aang mempunyai tatu berbentuk anak panah di kepalanya yang botak dan kedua tangannya.

Aang yang merupakan dari suku angin juga bukan sahaja boleh mengawal keempat-empat unsur dunia iaitu angin, air, tanah, dan api, tetapi dia juga merupakan pelentur angin terakhir di dunia selepas suku kaumnya dihapuskan oleh Negara Api.

Watak ikonik tersebut menjadi inspirasi buat atlet dari Belanda, Kiran Badloe untuk menggayakan rambutnya seperti tatu Aang di sukan Olimpik Tokyo 2020, sebelum dia berjaya merangkul pingat emas dalam acara luncur angin, salah satu kebolehan yang turut dimiliki Aang dalam siri itu.

Dalam sebuah posting yang dikongsikan, atlet berusia 26 tahun itu berkata dia ingin menjadi sehandal Aang dalam melentur angin pada suatu hari nanti, dan ternyata penampilan cosplaynya itu membuat peminat siri animasi berkenaan kagum dan terhibur.

“Nampaknya dia telah menguasai unsur angin dan air…”

“Dia main tipu dia lentur angin untuk menang…”

“Menang emas di Olimpik sambil bercosplay?”