“Atas dasar apa?” – Netizen pertikai Haqiem Stopa dijemput pihak sekolah bagi ceramah

“Atas dasar apa?” – Netizen pertikai Haqiem Stopa dijemput pihak sekolah bagi ceramah

Sekitar beberapa bulan lalu, nama Haqiem Stopa telah mendapat perhatian media selepas dia diberi kesempatan bertemu dengan Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayhsal.

Mana tidaknya, ramai yang mengecam pemuda tersebut kerana diberi jolokkan ‘ikon permotoran’ oleh timbalan menteri itu yang dilihat seperti berlebihan.

Netizen menyifatkan bahawa gelaran tersebut tidak sesuai kerana Haqiem Stopa dikatakan merupakan ‘mat rempit’ memandangkan kerap berkongsi konten berkenaan motosikal di TikTok.

Bagi motivasi dekat sekolah

Hari ini, pemuda berkenaan telah berkongsi di laman TikTok miliknya momen sewaktu hadir ke sekolah lama tempatnya menimba ilmu untuk memberikan motivasi.

Difahamkan, kehadirannya ke sana telah disambut oleh guru bagi memberikan sedikit pesanan dan juga berinteraksi dengan para pelajar serta berkongsi cerita tentang apa yng dilaluinya.

Kenapa jemput dia?

Walau bagaimanapun, ada sesetengah netizen berasa tindakan tersebut kurang bijak dan mempersoalkan mengapa pihak guru menerima individu yang dipanggil ‘mat rempit’ untuk membuat talk di sekolah.

Menerusi video luahan yang dibuat pengguna Facebook dikenali sebagai Kuro Bikeseller, dia telah menyatakan rasa kurang setuju dengan tindakan menjemput Haqiem Stopa kerana disifatkan tidak membantu kemajuan generasi pun.

Tambahnya, individu seperti itu sepatutnya tidak dipublisitikan dan dijadikan contoh kepada remaja-remaja bimbang mendatangkan pemahaman negatif dalam pemikiran mereka.

Dulu2 panggil penceramah berjaya, tapi sekarang…

Sehubungan dengan perkongsian luahan pengguna Facebook itu, rata-rata netizen turut sama bersetuju dengan pendapatnya kerana merasakan kehadiran TikToker tersebut ke sekolah agak tidak sesuai melihat daripada konten serta kontroversi sebelum ini.

Mereka juga mempertikaikan apa yang boleh dicontohi daripada pemuda terbabit kerana dia juga digelar ‘mat rempit’ melihat daripada muat naiknya di laman sosial.

Antara komen netizen.

Kalau aku jadi mak ayah budak2 sekolah ni, aku dah complaint dah . Memang mesyuarat PIBG tu dengar suara aku memekak je sebab nak doktrin anak2 aku dengan idola tak berguna macam ni.

Bersangka baik je tuan2 semua. Mungkin sekolah ni jemput dia utk dijadikan contoh murid2 yg gagal masih boleh berjaya. Mungkin sekolah minta dia share tips mcmana nk scam menteri smpai boleh diangkat jd ikon.
Setidak2nya budak2 yg kurang cemerlang xde la down sgt bila tgok dia. Budak2 tu mesti fikir, kalau xpandai pun xpa yg penting pandai scam menteri confirm berjaya jd ikon

Nak kata wakil PIBG tak logik pula


Nak bagi anak bangsa mati atas jalan ke?


Sekolah tempat timba ilmu kenapa jemput mat rempit

Lihat video dibawah.

 

@haqiemstopa

Trima Kasih SMK Sungai Besi 🤙🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit

♬ original sound – Haqiem_stopa – Haqiem_stopa

Sumber: TikTok @haqiemstopa, Facebook Kuro Bikeseller