Ashraf & Amelia Henderson putus? “Sesetengah orang hanya ditakdirkan sebagai kenangan”
Umum sedia maklum, pelakon terkenal, Aedy Ashraf sebelum ini membuat tindakan berani dengan melamar aktres jelita, Amelia Henderson secara terbuka untuk menjadi kekasih hatinya pada Mac lalu.
Terkini, heboh di ruangan media sosial mengenai sebuah ciapan yang dimuat naik oleh Aedy.
Seperti seorang lelaki patah hati, ciapan itu telah mencuri perhatian netizen serta mencetuskan pelbagai tanda tanya.
Ciapan tersebut seakan memberi gambaran bahawa hubungan percintaan pasangan kekasih itu sedang dilanda masalah dan disyaki telah terputus di tengah jalan.
“Mungkin betul kata mereka, ‘Setengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan’,” tulis Aedy.
Walau tidak menyebut nama, ramai dalam kalangan netizen membuat spekulasi ciapan terbabit ada kena mengena dengan status terkini hubungan Aedy dan Amelia.
Malah, salah seorang pengikutnya turut bertanya mengapa mereka berdua tidak mengikuti satu sama lain di media sosial Instagram.
Namun begitu, menerusi ciapan lain, Aedy turut memuat naik emoji bunga layu, seakan menggambarkan ‘Renjana’ (panggilan Aedy kepada Amelia) menjauhkan diri.
Ciapan tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang kecewa sekiranya hubungan mereka benar-benar berakhir.
Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar segalanya yang berlaku antara mereka akan baik-baik sahaja dan dijauhkan daripada sebarang persengketaan.
Sumber ohbulan