Ashira, Bad Indigo umum sah bercerai, “Tiada masalah antara kami”

Ashira, Bad Indigo umum sah bercerai, “Tiada masalah antara kami”

 

 

 

 

Penyanyi Ashira dan suaminya yang juga ahli kumpulan Indigo, Bad mengumumkan rumah tangga mereka sudah pun berakhir.

Berita itu dikongsikan oleh Ashira dan Bad menerusi Instagram sebentar tadi. Menurut Bad, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama. Menurut Bad lagi, mereka berpisah bukan disebabkan orang ketiga namun mengunci mulut mengenai punca perpisahan mereka.

 

“Kami dah capai persetujuan bersama, kami dah sah berpisah. Tapi, kami tetap berkawan sebab kami memang nak berkawan sampai bila-bila. Insya-Allah. Saya tetap sayang dia juga. Yang penting, tak ada orang ketiga, keempat, kelima dan keenam.

“Sebenarnya, apa sebab semua ini (berlaku), tak boleh nak cerita sebab apa yang berlaku dalam perkahwinan adalah aib. Mendedahkan aib walaupun aib sendiri adalah dosa. Jadi, hanya Allah yang tahu,” katanya.

Sementara itu, Ashira berkata dia berharap dengan perkongsian video ini dapat menjawab persoalan mengenai rumah tangga mereka.

“Kami nak beritahu dahululah sebelum keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita di luar yang tak betul. Diharap, video ini jelaslah untuk semua orang. Tak ada masalah antara kami.

“Dan nak minta maaf juga kalau ada kawan-kawan wartawan yang nak tanya kenapa, punca dan bila. Yang itu biarlah saya, dia keluarga dan yang di atas (Allah) sahaja yang tahu,” katanya.

Terdahulu, Bad dan Ashira berumah tangga pada 11 Mac 2021. Hubungan mereka mula rapat ketika menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

COMMENTS