Arca halimunan dilelong dengan harga lebih RM75 ribu

Arca halimunan dilelong dengan harga lebih RM75 ribu

Sesuatu yang sukar untuk dipercayai apabila satu ‘arca’ halimunan berjaya dilelong dengan harga lebih RM75 ribu ini. Atas nama karya seni, apa pun boleh!

Menerusi satu laporan, hasil seni itu diberi nama “I Am”. Karya seni ini dicadangkan agar disimpan di ruangan khas yang bebas dari halangan berukurah 150cm x 150cm. Arca halimunan ini adalah dicipta oleh seorang artis yang berasal dari Itali iaitu Salvatore Garau.

Salvatore Garau
Salvatore Garau

Difahamkan pemilik karya ini menjelaskan arca ini mempunyai tenaga yang padat dan mengubah dirinya menjadi zarah. Malah Salvatore turut memberitahu dia memutuskan untuk mempamerkan arca bukan material ini di ruang tertentu, ia akan menumpukan kuantiti dan kepadatan pemikiran tertentu.

Wow, memang lain betul daya pemikiran orang seni. Sesuatu yang tidak nampak dengan mata kasar boleh menjadi satu hasil seni! Malah Salvatore turut menganggap ‘arca’ ini sebagai satu metafora yang sempurna pada zaman ini dan ia nampak unggul sebagai karya seni.

Arca unik dalam sebuah pameran
Arca unik dalam sebuah pameran

Bukan sahaja unik, malah mustahil untuk dihasilkan semula dan tiada kesan pada persekitaran. Arca halimunan ini didakwa bukanlah satu material namun adalah pemikiran yang melihatnya.

“Sekarang arca ini wujud dan akan berada di sini buat selamanya. Anda tidak nampak tapi ia sebenarnya wujud dan arca ini diperbuat daripada udara dan semangat seseorang,” ujarnya.