Apa khabar nilai Ringgit Malaysia sekarang?

Apa khabar nilai Ringgit Malaysia sekarang?

Malaysia telah mengambil langkah permulaan yang tegas dengan bergerak ke arah pendolarisasi bagi mengukuhkan kembali kedudukan ringgit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nilai ringgit kini tercabar parah akibat tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang secara agresif meningkatkan kadar faedah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, perkembangan itu turut mengesankan mata wang renminbi China dan yen Jepun.

“Tentunya kesannya tidak akan segera terjelma. Namun, langkah permulaan yang tegas telah diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi.

“Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

anwar ibrahim

Anwar mengulas mengenai pertemuannya dengan penuntut dan rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir, hari ini.

Dolar AS mencatatkan nilai RM4.78 berbanding ringgit hari ini, iaitu kadar tukaran yang terendah dalam sejarah.