‘Apa kau buat ni dik, hancur masa depan sebab kebodohan’ – Nabila Huda

‘Apa kau buat ni dik, hancur masa depan sebab kebodohan’ – Nabila Huda

Di Twitter, pelakon Nabila Huda memuatnaik beberapa ciapan dipercayai ditujukan kepada individu yang namanya ketika ini sedang hangat diperkatakan netizen di media sosial.

 

‘Yang nak buka aib orang tu kenapa?’

Jelas Nabila Huda, tindakan individu itu nyata bertentangan dengan prinsipnya sebelum ini yang secara terang-terangan memperjuangkan penyatuan ummah. Namun semuanya tida bermakna lagi selepas beliau memuatnaik beberapa siri ‘pendedahan’ di sosial media mendakwa mengetahui segala rahsia seorang pendakwah selebriti.

Hancur hidup, hancur future sebab kebodohan kau.

‘Kau buat orang benci’

Tambah Nabila lagi, dia tidak terkejut sekiranya selepas ini, individu berkenaan akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengalami depresi atau seumpamanya disebabkan menerima kecaman daripada netizen. Pada masa yang sama, Nabila turut meninggalkan pesanan supaya sentiasa menjaga adab dan saling menghormati antara satu sama lain.

Sumber: Nabila Huda

COMMENTS