Anwar Ibrahim ‘tweet’ gunting rambut pukul 10:22 PM, netizen dakwa ada ‘hint’ tersembunyi

Anwar Ibrahim ‘tweet’ gunting rambut pukul 10:22 PM, netizen dakwa ada ‘hint’ tersembunyi

 

Teka teki mengenai siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri yang ke-10 dijangkakan akan terjawab pada hari ini. Dalam tempoh beberapa hari ini, pelbagai spekulasi yang timbul mengenai calon-calon yang bakal menjawat jawatan tersebut namun sehingga kini masih tiada kesahihannya.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik satu gambar di mana dia sempat menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Sungai Long. Gambar yang dimuat naik itu kemudiannya menjadi tular dan meraih perhatian ramai sehinggakan ada yang mendakwa terdapat beberapa ‘hint’ yang ingin dikongsikan.

Kebanyakan netizen turut cuba membongkarkan mesej di sebalik gambar yang dimuat naik oleh Pengerusi Pakatan Harapan itu. Malah ada yang mendakwa, Anwar Ibrahim seakan-akan memberikan gambaran dia bakal mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri yang baru pada hari ini.

Antara beberapa ‘hint’ yang dibincangkan oleh netizen ialah masa tweet tersebut dimuat naik di akaun Anwar Ibrahim iaitu pada jam 10.22pm di mana ramai yang mendakwa ia memberi gambaran ‘Perdana Menteri ke-10 pada tahun 2022’.

Ada juga yang mendakwa terdapat kemungkinan berlakunya gabungan di antara Pakatan Harapan dan Blok Borneo memandangkan di dalam tweet tersebut ada menyebut tentang pekerja gunting rambut itu yang berhijrah dari Miri, Sarawak.

perdana menteri

anwar ibrahim

Walau bagaimanapun, ini semua hanyalah spekulasi dari netizen di media sosial semata-mata sementara menunggu keputusan rasmi pada hari ini. Difahamkan, gabungan parti-parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10 kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang hari ini.

 

SUMBERTWITTER