Anggota tentera hisap jari jurujual wanita ditahan polis

Anggota tentera hisap jari jurujual wanita ditahan polis

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki yang memakai seragam tentera di Taman Keramat, Ampang.

Terbaharu, pihak polis memaklumkan bahawa anggota tentera berkenaan telah ditahan pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

 

Suspek berjaya ditahan oleh pihak polis

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pihak polis berjaya menangkap suspek yang berusia 26 tahun itu dan merampas pakaian seragamnya di sebuah rumah di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Dalam serbuan itu, kami turut merampas pakaian seragam yang dipercayai dipakai suspek ketika kejadian.

Siasatan awal mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama tujuh tahun.

Dalam pada itu, hasil saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek adalah negatif dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga 10 Oktober nanti.

Sumber : Harian Metro