Anggota polis bakar kekasih selepas putuskan hubungan skandal
Malang nasib yang menimpa seorang gadis, Diana Ningsih, 24, dari negara jiran, Indonesia selepas dipercayai dibakar oleh kekasihnya sendiri berikutan memutuskan hubungan tersebut.
Dibakar kekasih sendiri
Foto: Tribun News
Menerusi laporan media tempatan, mangsa didakwa telah dibakar oleh seorang anggota polis sehingga mengalami 80 peratus luka melecur di seluruh badan dan perlu mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Difahamkan, insiden tersebut berlaku pada jam 10 malam, Khamis yang lalu di rumah sewa milik kawannya.
Bercerita lebih lanjut, anggota polis dikenali sebagai AN sudah mempunyai seorang isteri yang sedang sarat hamil dan dua anak. Difahamkan, suspek dan mangsa telah menjalinkan hubungan beberapa tahun sebelum mangsa mengetahui status sebenar suspek yang merupakan suami orang.
Namun, lelaki berkenaan dikatakan tidak menerima keputusan yang dibuat oleh mangsa untuk mengakhiri perhubungan mereka sebelum nekad membakar gadis tersebut secara hidup-hidup.
Diana sebelum ini mengambil keputusan untuk menumpang di rumah sewa kawannya iaitu Dea, bagaimanapun lokasi tersebut dapat dikenal pasti oleh suspek yang bertindak ke rumah berkenaan.
Tindakan luar kawalan
Sekadar gambar hiasan
Suspek didakwa mematikan bekalan eletrik rumah sewa tersebut menyebabkan Dea terbangun dan meminta Diana untuk menemaninya keluar rumah bagi memeriksa kotak fius. Namun sebaik sahaja pintu dibuka suspek didakwa menyiram minyak petrol ke badan mangsa dan sempat memarahinya.
Saya telefon DN, (saya tanya) dia dah tidur ke belum, sebab (saya nak) minta dia teman isi token. Sebab saya fikir (elektrik padam sebab) token habis. DN jawab dia belum belum tidur, jadi kami keluar.
Penjenayah masuk terus siram DN menggunakan petrol yang dibawa dalam botol, dia menjerit mahu membakar DN itu.
Perbuatan suspek mengundang padah berikutan percikan api menyambar tubuh badan Diana yang telah disiram minyak. Bukan itu sahaja, terdapat individu yang cuba menghalang tindakan suspek namun dia sama sekali tidak menghiraukannya.
Ujar Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Muara Enim, AKP Widhi Andhika Darma pihaknya masih menjalankan siasat dan masih menunggu maklumat daripada mangsa dan suspek.