Ancam bunuh Agong, lelaki 30-an ditahan polis

Ancam bunuh Agong, lelaki 30-an ditahan polis

Tindakan seorang lelaki yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis.

Lelaki ugut bunuh Agong ditahan polis

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 tahun itu telah memuat naik kandungan tersebut di Instagram bersama foto Baginda. Tangkapan layar kandungan berbaur ancaman bunuh itu telah tersebar di media sosial dan susulan daripada itu, ramai dalam kalangan netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemilik akaun terbabit.

Difahamkan, suspek telah ditahan oleh pihak polis di Kajang malam tadi. Sementara itu, Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.

Sumber: Harian Metro