Anak terima keputusan SPM, reaksi Ayah buat ramai tersentuh

Anak terima keputusan SPM, reaksi Ayah buat ramai tersentuh

Selepas berhempas pulas mengulang kaji pelajaran, hari ini telah diumumkan keputusan SPM yang ditunggu-tunggu. Walaupun suasana pembelajaran kali ini berbeza dengan dahulu tetapi itu tidak melemahkan semangat pelajar di Tingkatan 5 tahun lalu ini.

Macam yang dikongsikan pelajar ini yang juga menerima keputusan SPM pada hari ini. Dia juga sempat merakamkan reaksi ayahnya sewaktu mereka bersama-sama melihat keputusan itu untuk pertama kalinya.

@haqimiadlii

congrats to all 03’ babies #promax #spm2020

♬ Sunflower – Rex Orange County

Di dalam video yang dikongsikan ini, pelajar tersebut memberitahu dia sengaja merakamkan video itu untuk melihat reaksi si ayah. Sebaik saja mereka melihat keputusan SPM itu, kedua-dua mereka kelihatan terkejut dan terharu.

Pelajar tersebut berjaya mendapatkan keputusan cemerlang semua ‘A’ di dalam peperiksaan SPM ini. Pelajar lelaki itu turut kelihatan terkejut dan terduduk di hadapan ayahnya.

keputusan

Lebih menyentuh hati, ayahnya yang gembira dengan pencapaian anaknya itu kemudian mencium pipi anaknya itu sambil menahan sebak.

Ruangan komen turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari netizen yang menonton. Malah ada juga yang sama-sama tersentuh melihat reaksi si ayah yang cuba menahan sebak sebaik saja melihat keputusan SPM anaknya itu.

“Aku menangis. Tumpang terharu.”

keputusan SPM

“Ayah dia nampak bangga dan gembira sangat…”

SPM

“Comel je ayah dia cium dia.”

komen

“Bahagianya rasa dapat banggakan parents.”

tik tok