Anak tergamam lihat ayah tiba-tiba rebah di stesen minyak, suami pergi tanpa tinggal pesanan

Anak tergamam lihat ayah tiba-tiba rebah di stesen minyak, suami pergi tanpa tinggal pesanan

Memang tidak dinafikan rezeki, jodoh, ajal dan maut memang telah ditetapkan sejak dari dalam rahim lagi oleh Allah SWT. Kita sebagai hamba-Nya haruslah reda dan perlu menerima ujian itu dengan ikhlas. Namun, sudah pasti kita sebagai manusia biasa akan berasa sedih apabila melihat insan tersayang pergi buat selama-lamanya.

Tiba-tiba rebah semasa isi minyak motor

Menerusi video yang dimuat naik oleh Norliza Mustapha di akaun TikTok, wanita berkenaan berkongsi kisah pahit yang telah mengubah hidupnya kerana kehilangan suami tersayang, Mohd Khamis pada tiga tahun lalu.

Mengimbas kembali detik sedih itu, Allahyarham suami bersama seorang anak lelakinya pada ketika itu berada di stesen minyak untuk mengisi minyak motorsikalnya, namun secara tiba-tiba suaminya rebah sebelum dipangku oleh pekerja di stesen minyak berkenaan.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan, kelihatan Allahyarham suaminya itu dibawa jauh daripada tempat mudah terbakar berkenaan dan lebih menyayat hati lagi apabila anak lelakinya itu seperti terpinga-pinga serta hanya mampu berdiri disitu.

Keesokan harinya pada hari Jumaat yang mulia, suaminya telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga . Kini, hanya tinggal isterinya sahaja yang membesarkan kelima-lima anaknya itu dengan tabah.

‘Pemergianmu meninggalkan seribu kenangan’

@eizaamir82

AL-FATIHAH BUAT ARWAH SUAMIKU. PEMERGIANMU MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN. VIDEO NI SEHARI SEBELUM ARWAH MENINGGALKAN DIRIKU DAN ANAK2😭 DI PG JUMAAT.

♬ Terdiam Sepi – Nazia Marwiana

@eizaamir82

AL-FATIHAH BUAT ARWAH SUAMIKU. RINDU TANPA PENGHUJUNG 😭😭😭😭😭😭KAMIRINDU.

♬ Kemarin – Seventeen