Anak jiran hantar juadah berbuka, siap bagi pesanan ‘deep’ lagi

Anak jiran hantar juadah berbuka, siap bagi pesanan ‘deep’ lagi

Setiap kali bulan Ramadan, aktiviti bertukar juadah berbuka puasa adalah perkara wajib dalam kalangan jiran. Bukan saja sama-sama berkongsi rezeki yang ada, ia juga menguatkan lagi silaturahim dengan yang lain. Sama seperti yang dikongsikan lelaki ini yang menerima juadah berbuka dari jiran di kawasan rumahnya.

Apa yang mencuit hati ialah juadah tersebut dihantar oleh anak jirannya yang masih lagi kecil. Sebelum jiran kecilnya itu pulang ke rumahnya, dia juga tidak lupa meninggalkan pesanan khas dari ibunya itu sekaligus mengundang ketawa ramai.

@sinzo_abe

Hahaha 😂 adik angkat aku sorang ni mulut dia, ayat paling last tu deep 🤣 #fyp #fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #ramadhan2021

♬ original sound – Sinzo Abe – Sinzo Abe

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan kanak-kanak lelaki itu datang membawa pinggan berisi juadah berbuka puasa ke rumah jiran. Selepas memberikan makanan itu, kanak-kanak itu melompat-lompat pulang ke rumahnya sambil meminta lelaki itu memulangkan semula pinggan itu nanti.

Pesanan itu turut membuatkan lelaki itu berdekah apabila mendengarnya dan berjanji akan memulangkannya semula. Di ruangan komen, netizen juga turut sama terhibur mendengar pesanan yang ditinggalkan kanak-kanak itu. Ada juga yang memberitahu itu adalah pesanan wajib kaum ibu setiap kali memberi makanan pada jiran yang lain.