Anak degil tak nak duduk, reaksinya lepas terjatuh bikin geram

Anak degil tak nak duduk, reaksinya lepas terjatuh bikin geram

Kanak-kanak kecil memang biasanya agak sukar untuk mendengar cakap orang dewasa. Kadang-kadang tu, ibu bapa terpaksa bercakap sehingga berkali-kali barulah mereka akan mendengarnya.

Macam situasi yang dikongsikan seorang ibu ini tentang telatah anaknya yang tidak mendengar kata. Namun reaksi si anak selepas dirinya ditimpa kemalangan kecil mencuit hati ramai yang melihatnya.

@cnblucky38

reposting with different music lol #ohno #fail #oops #foryou #toddlers #momsoftiktok #fy

♬ Oh No – Kreepa

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu anaknya yang masih kecil itu tidak mahu mendengar kata. Dia kemudian beberapa kali berpesan meminta anaknya yang sedang berdiri di atas sofa itu untuk duduk dengan betul.

Namun kanak-kanak itu langsung tidak menghiraukan pesanannya itu sebaliknya kekal berdiri di situ. Tidak lama selepas itu, kanak-kanak itu mula terjatuh dari sofa dengan mukanya tersembam di lantai.

sofa

Lebih melucukan, ibu itu kemudian berkongsikan reaksi anaknya selepas itu. Kanak-kanak itu dilihat mula duduk dengan diam di atas sofa itu sambil mukanya yang seakan-akan merajuk.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama ‘geram’ dengan telatah comel kanak-kanak itu. Malah ada juga yang berseloroh pastinya dia berasa malu dengan si ibu gara-gara tidak mendengar cakap.

“Muka dia lepas jatuh…”

anak degil

“Dia masih tak percaya.”

duduk

“Rasanya dia dah faham sekarang…”

komen

“Terus tak nak pandang lepas jatuh..”

tik tok