Anak dan suami positif covid-19, Ain Edruce pohon doa
Selepas suami disahkan positif Covid-19 sebelum ini, pelakon dan pengacara terkenal iaitu Ain Edruce memberitahu anak perempuannya, Soraya pula didapati positif Covid. Kerisauannya sebagai ibu sebelum ini terjawab setelah melihat Soraya tak sihat.
‘Please doakan Soraya dan Amirul’
Menerusi perkongsian di Instagram storynya, Ain Edruce akui sangat risau akan kesihatan Soraya lebih-lebih lagi apabila suhu badan anak perempuannya itu agak tinggi.
Please doakan Soraya dan Amirul sembuh cepat especially Soraya. Kasihan dia, suhu badan tinggi, panas badan dia.
Bercerita lanjut, Ain memberitahu pada awalnya dia membawa Soraya ke hospital adalah untuk memeriksa badan Soraya yang mempunyai bintik-bintik merah selain suhu badannya pada ketika itu agak tinggi. Namun siapa sangka, setibanya di sana mereka diminta membuat PCR dan keputusan mengesahkan Soraya positif Covid-19.