Anak-anak tak dapat balik kampung, bapa gigih bungkus & hantar buah bagi semua rasa

Anak-anak tak dapat balik kampung, bapa gigih bungkus & hantar buah bagi semua rasa

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung hampir dua bulan di seluruh negara ketika ini sememangnya telah menjarakkan perhubungan ahli keluarga.

Mana tidaknya, ramai anak-anak perantau yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu dan bapa disebabkan tidak boleh merentas negeri.

Anak2 tak dapat balik jenguk mak ayah

Bukan sahaja sambutan perayaan yang terlepas untuk dirai bersama, musim buah-buahan yang sering ditunggu anak cucu untuk pulang ke kampung turut tidak dapat dirasai.

Namun, menerusi perkongsian dari seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shopeekaa, dia telah memuat naik video bapanya yang membungkus buah-buahan dan asam keping yang dibuat sendiri untuk adik-beradiknya yang sudah  lama tidak pulang ke kampung.

@shopeeka

T ksh ayah #pengorbananayah #kasihayah #kasihayahsampaisyurga

♬ Rindu Untuk Ayah – Izzy

Siapkan semua untuk hantar ke anak2

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat bapanya mengutip sendiri buah rambutan dan menimbang setiap satu kotak buah tersebut agar adil untuk diagihkan kepada anak-anak dan cucu-cucunya.

 

Dia juga turut mengeringkan sendiri asam keping dan dibungkus serta dihantar bersama buah rambutan tersebut.

 

Ayah memang seorang yang cekal

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memaklumkan seorang bapa sememangnya sebegitu.

Mereka juga berasa sebak melihat usaha bapa kepada @shopeekaa yang tetap gigih memberi anak-anak rasa buah-buahan di kampung walaupun terpaksa menghantarnya menerusi pos memandangkan kekangan PKP yang entah bila selesainya.

Ramai mak ayah yang buat macam ni juga

Benda melibatkan mak ayah memang sedih

Tengok video ni sedih sangat sebab rindu ayah

Semoga ayah akak sihat terus

Mak ayah memang macam ni

 

Sumber: TikTok @shopeeka