“Anak-anak kecik lagi,” Ayah menangis lepas doktor kata paru-paru hampir tersumbat, dijangkiti Covid-19

“Anak-anak kecik lagi,” Ayah menangis lepas doktor kata paru-paru hampir tersumbat, dijangkiti Covid-19

Apa perasaan kita apabila satu keluarga dijangkiti Coid-19? Pastinya perasaan gelisah, sedih dan hiba menyelubungi diri kita. Akibat virus ini, lelaki yang dikenali sebagai Ubaidullah ini mengalami masalah paru-paru yang hampir gagal berfungsi dan sangat mustahil untuk pulih seperti sedia kala.

Lelaki ini berkongsi cerita mengenai detik hitam yang dilalui keluarganya. Paling terkesan, anak-anaknya yang masih kecil turut disahkan positif Covid-19. Namun, syukur Alhamdulillah, anak-anak dan isterinya telah discaj dari wad setelah 10 hari menjalani kuarantin dan rawatan di hospital.

“Ada yang hari emosi saya tak berapa okay… Lagi-lagi bila dr bagitau keadaan saya makin tak okay..”

Berdasarkan perkongsian ini, dia turut bercerita tentang paru-parunya hampir tersumbat dan hampir untuk ditidurkan di Unit Rawatan Rapi. Bayangkan, kita terpaksa berpisah dengan anak-anak yang masih kecil dengan keadaan sebegini.

“Saya hampir ditidurkan dah, kalau masuk oksigen 100% tak okay, saya kena tidurkan. Alhamdulillah, bacaan okay, saya tak ditidurkan…”

Pilu sungguh hati ini dengan penderitaan yang dialami oleh Ubaidullah ketika menjadi pesakit Covid-19. Ingatlah korang semua, wabak virus ini bukanlah cerita dongeng, inilah realiti yang terpaksa pesakit ini lalui.

@ubaidullahjaafar

ada yang hari emosi sy tak berapa okay.. Lagi lagi bila dr bagitau keadaan sy makin tak okay..

♬ semangat ngontennya – dollar kuning

Menurut Ubaidullah, selepas 21 hari terlantar di hospital, dia dibenarkan keluar wad tetapi masih menerima rawatan susulan di hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Walaupun demikian, dia tetap bersyukur kerana Allah beri peluang untuk terus hidup dan menyifatkan ia seperti ‘keajaiban’ selepas melalui fasa kritikal sewaktu berada di wad.

@ubaidullahjaafar

Alhamdulillah, dah discas semua

♬ semangat ngontennya – dollar kuning

Selain tu, dia turut berkongsi beberapa simptom yang dialaminya sebelum mendapat tahu bahawa dia positif Covid-19.

Dalam pada masa yang sama, dia juga menyeru kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan ujian swab sekiranya mengalami simptom seperti demam yang tidak kebah hampir seminggu, batuk yang teruk dan kesukaran untuk bernafas.

@ubaidullahjaafar

Kalau korang ada kena mcm ni, g swab test cepat2..

♬ original sound – alsa – alsa

Katanya lagi, Covid-19 ini memberi kesan  kepada setiap individu tidak sama dan tidak boleh dijangka. Dia juga menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri, lagi-lagi individu yang berisiko seperti pesakit kronik, warga emas dan ibu mengandung.

 

Sumber: Ubaiullah Jaafar