“Amboi muka berseri-seri yer dapat balik rumah bini ke-2…”

“Amboi muka berseri-seri yer dapat balik rumah bini ke-2…”

Berikutan kebenaran kerajaan yang membenarkan rakyat merentas negeri pada 11 Oktober lalu, berpusu-pusulah orang ramai bergerak pulang ke kampung halaman bagi melepas rindu kerana sudah lama tidak berjumpa.

Bukan itu sahaja, lain pula bagi keluarga ini yang senang hati menghantar ayah mereka untuk pergi ke rumah isteri mudanya sehingga menjadi tular di aplikasi Tik Tok.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita bersama ayahnya sedang bersiap-siap untuk menuju ke suatu tempat.

@ina.azalea

Kite hantar abah gi honeymoon 🤣🤣🤣

♬ original sound – INA700 – INA700

Rupa-rupanya, wanita tersebut ingin menghantar ayahnya itu pergi ke rumah isteri mudanya.

Malah, isteri pertama lelaki itu sempat membekalkan makanan dan wang saku kepada suami tersayang.

Sebaik tiba, wajah ayahnya terus berubah ceria dan gembira. Ye lah kan, dah lama tak berjumpa sebab PKP!

@ina.azalea

Reply to @_hansz8 kau dah kenapa?? suka hati aku la, aku mmg suka usik dia gitu.. tiber nak emo!!

♬ original sound – INA700 – INA700

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut terhibur dengan gelagat anak beranak itu yang senang hati kerana dapat berjumpa orang tersayang.

“Auto berseri muka nampak bini muda. Segar terus nampak. Lawak la anak pun kemain sakat abah…semua sporting..” tulis seorang netizen.

“Macam ni la sepatutnya berpoligami. Orang kita sekarang dah kantoi baru nak kata poligami. Tanggungjawab kelaut..” sahut seorang lagi pengguna media sosial.

Malah ada juga yang mendoakan agar keluarga ini terus bahagia dan tidak berbalah sesama sendiri meskipun mempunyai keluarga ramai.

Kemain pak cik happy jumpa madu ya!

 

SUMBER : TIkTok